Kebaikan dalam sunnah- tablet susu kambing

Assalamualaikum..
Salam ramadhan untuk semua

Dibulan yang suci dan penuh rahmat ini, banyakkanlah berdoa keapada Allah S.W.T. kerana doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak sepertimana yang diperjelaskan oleh Nabi besar kita Muhammad S.A.W.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya lebih kurang begini, ” Ada 3 orang yang tidak ditolak doa mereka. Pertama orang yang berpuasa sampai dia berbuka, yang kedua seorang amir(ketua) yang adil, dan yang ketiga orang yang dizalimi. Doa mereka diangkat oleh Allah S.W.T. ke awan dan dibukakan pintu langit baginya dan Allah berfirman, ” Demi kekuasaanKu, Aku akan menolngmu meskipun tidak segera.”
(HR. Tirmizi)

Syarat untuk diterima doanya salah satunya ialah makan minumnya halal, kerana ada hadith yang menerangkan ehwal orang yang berdoa, hadith tersebut lebih kurang ertinya adalah:
Dari Abu Hurairah, ” Suatu hari Rasulullah menceritakan perihal seorang lelaki yang bermusafir, pakaian dan rambutnya kusut masai dan berdebu, lalu dia menadah tangan dan berdoa, “Ya Allah Ya Allah.” sedangkan makannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?”.
(HR. Muslim)

Susu kambing adalah salah satu minuman yang penuh khasiat dan juga kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah saw terutamanya yang diminum terus selepas diperah. Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Scroll to Top