Cara Minum Susu Kambing Asli (Frozen/Beku) ZMFarm…

[ad_1]
Cara Minum Susu Kambing Asli (Frozen/Beku) ZMFarm

Jika anda membeli susu kambing asli dari ZMFarm, rendamkan susu kambing yang beku di dalam bekas berisi air panas. (Rendam selama 5-10 minit)
Susu kambing dalam botol akan menjadi suam dan goncangkan botol.
Jika susu kambing dalam botol masih lagi sejuk atau belum cair sepenuhnya selepas botol digoncang, rendamkan semula dalam air panas. Pastikan susu kambing telah cair sepenuhnya bagi mendapatkan rasa susu lemak dan manis yang sebenar.
Jika susu kambing masih sejuk atau beku, rasa lemak manis susu akan melekat pada ais dan susu kambing akan rasa tawar. Jadi pastikan susu kambing benar-benar menjadi suam atau cair dan tiada ketulan ais.
Buka penutup dan tuangkan susu kambing yang suam tadi itu ke dalam cawan atau boleh diminum terus begitu sahaja.
Bagi yang tidak biasa meminum susu kambing asli yang tiada bahan pengawet ini, anda bolehlah cuba mencampurkan bahan-bahan lain seperti;

Campurkan sesudu madu asli, atau
Campurkan dengan 3 biji kurma (dikisar) atau
Campurkan dengan 7 biji kismis (dikisar) atau
Beberapa titis stevia atau gula
Sangat mujarab diminum (segera) ketika masih suam.
Moga bermanfaat!

PENTING : Susu kambing asli ini tidak dianjurkan untuk dimasak hingga mendidih kerana boleh merosakkan komposisi vitamin dan flourine dalam susu.


[ad_2]

ZMFarm FB page daripada ZMFarm FB page

Scroll to Top