Kursus Ternakan Kambing

KAJIAN SELIDIK :

Di atas kejayaan kursus ternakan kambing yang telah kami anjurkan pada tahun lepas, maka pihak kami ingin menganjurkan kursus ternakan kambing sekali lagi yang dijangka akan diadakan pada bulan April ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya anda yang berminat untuk mengikuti kursus ini dapat memberikan maklumbalas dengan mencadangkan topik-topik yang ingin dibincangkan agar pihak kami dapat menyusun modul yang bersesuaian dengan kursus ini.

Anda boleh memberikan cadangan di ruang komen atau PM di page kami ini.

Segala kerjasama dari pihak anda amatlah kami hargai.

Terima kasih!

Scroll to Top